Sunday, July 18, 2010

Latar Belakang Progam Pembangunan Sains Dan Teknologi (PPST)



Bismillahirrahmanirrahim

Salaam Alaykum...




Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) merupakan satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Program yang diadakan sepanjang tahun ini bertujuan utama untuk meningkatkan kesedaran dan minat semua golongan masyarakat terhadap Sains dan Teknologi.Ianya diperkenalkan sejak 1987 lagi, dan sehingga tahun 1992, PPST diadakan dalam satu minggu khusus setiap tahun di mana dikenali sebagai Minggu Sains dan Teknologi Kebangsaan (MSTK).


MSTK ditukar kepada PPST pada tahun berikutnya, 1993 yang telah diadakan sepanjang tahun untuk mencerminkan peluasan aktiviti, tempoh masa dan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat.Aktiviti-aktiviti PPST dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan sekolah mengikut kesesuaian dan kumpulan sasaran yang dikenalpasti.


Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menyertai sambutan Program Penggalakan Sains dan Teknologi ini dengan mengadakan PPST Peringkat Negeri Kelantan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya sains dan teknologi dalam proses pembangunan negara. Ianya juga sebagai satu usaha gigih dalam memartabatkan peranan sains dan teknologi serta perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam membentuk pembangunan sesebuah negara ke tahap yang lebih tinggi.


Objektif utama PPST :


>> Memupuk dan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Sains dan Teknologi di kalangan masyarakat awam;


>> Mengiktiraf dan menghargai pencapaian serta sumbangan saintis penyelidikan, tenaga pelajar, wartawan, kakitangan sokongan sains dan teknologi, Badan-badan bukan Kerajaan dan sektor swasta kepada kemajuan sains dan teknologi,dan


>>
Mewujudkan produk-produk sains dan teknologi yang dicipta sendiri oleh masyarakat tempatan



No comments:

Post a Comment