Wednesday, July 28, 2010

Hari Ketiga [ 26 Jun 2010 - 13 Rejab 1431 Hijrah ]


Bismillahirrahmanirrahim

Salaam Alaykum..

hari ketiga program yang juga merupakan hari terakhir untuk program ini.

pada hari ini,semua peserta,para kelurga angkat,para jemputan dan penduduk kampung berkumpul di dewan Dato' Haji Hassan pada pukul 9.00 pagi untuk majlis penutupan.

majlis penutupan ini dirasmikan oleh YB. Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hj.Hassan,Pengerusi jawatankuasa Penerangan,Pembangunan Maklumat,Sains dan teknologi negeri Kelantan Darulnaim.

seterusnya,majlis diteruskan lagi dengan penyerahan semula anak angkat daripada keluarga angkat. setelah itu,majlis penyampaikan cenderahati kepada Perasmi kepada majlis penutupan ini, YB. Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Hj.Hassan,Pengerusi jawatankuasa Penerangan,Pembangunan Maklumat,Sains dan teknologi negeri Kelantan Darulnaim.


sebelum bersurai,para peserta bergambar kenangan beramai-ramai bersama-sama para fasi,ahli jawatan kuasa program serta keluarga angkat masing-masing.





bersurai........


Hari Kedua [ 25 Jun 2010 - 12 Rejab 1431 Hijrah ]


Bismillahirrahmanirrahim

salaam Alaykum

sebelum bercerita tentang program-program yang telah kami lakukan pada hari kedua ini,saya ingin menceritakan terlebih dahulu serba-sedikit tentang latar belakang keluarga angkat saya dan kak syafiqah.

Nama keluarga angkat kami adalah Puan Halimah,berusia 51 tahun dan mempunyai 5 orang anak dan kesemua anak-anaknya telahpun berkahwin dan tinggal di negeri-negeri yang berasingan kecuali anak terakhir beliau yang baru sahaja menghabiskan pengajian di politeknik kelantan.

Puan Halimah adalah seorang Ibu tunggal.suami beliau telah meninggal dunia lebih kurang 10 tahun yang lalu.sejak kematian suami tercinta,Puan Halimah berusaha keras dan sehabis daya untuk membesarkan dan menyekolahkan anak-anak beliau sehingga anak-anak beliau dapat melanjutkan pelajaran ke IPT dan kini masing-masing telah mendapat pekerjaan yang baik.

sejak anak-anak beliau berumah tangga,Puan Halimah sering tinggal berseorangan di rumah peninggalan ayah dan ibunya yang telah dihuni olehnya semenjak lahir lagi.Walau bagaimanapun,anak-anak puan Halimah selalu datang bercuti bersama beliau ketika hari cuti persekolahan dan semasa hari raya.



Puan Halimah,Syafiqah dan Aisyah





ini adalah sedikit gambaran suasana dikawasan kampung Puan Halimah yang juga merupakan keluarga angkat kami iaitu Kampung Kemunchup

suasana kampung ini sungguh segar dan mendamaikan

sedikit kisah tentang kampung ini, kampung ini pernah memenangi pertandingan kampung tercantik dan terbersih selama beberapa tahun berturut-berturut. saya yakin,salah satu punca kemenangan kampung ini adalah kerana kerjasama antara penduduk kampung dalam memastikan kampung mereka sentiasa dalam keadaan bersih,cantik dan selesa.


















berbalik pada aktiviti,

aktiviti yang telah kami laksanakan pada hari kedua ini adalah Forum ICT,Jejak ICT dan Malam Jelajah Angkasa

Program Forum ICT dilaksanakan dari pukul 10.00 hingga 12.30 tengah hari. forum ini bertajuk "Kebaikan dan keburukan ICT dalam masyarakat" .

dalam forum ini,para Ahli panel menerangkan secara jelas dan bernas tentang kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan ICT dalam masyarakat.antara yang dapat saya simpulkan dalam forum tersebut adalah :

1. medium penyebaran ilmu seperti internet mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan jika digunakan dengan cara yang betul dan sebaiknya.jika disalah gunakan,kemudahan tersebut akan mendatangkan keburukan kepada penggunanya

2.Ibu bapa hendaklah mengawal penggunaan internet anak-anaknya dan memastikan anak-anak mereka tidak membuka laman-laman yang mengandungi unsur-unsur lucah dan apa-apa unsur negatif yang lain


selesai forum ICT,para peserta dibenarkan untuk pulang mengikut keluarga angkat masing-masing untuk melakukan solat jumaat dan melakukan sedikit persiapan untuk aktiviti Jejak ICT yang akan bermula pada pukul 3 petang.


Pada malam hari,program yang kami lakukan adalah ''Malam jelajah Angkasa'' dimana pada para peserta,keluarga angkat dan hadirin akan diberi peluang untuk melihat bulan menggunakan teleskop.walau bagaimanapun,keadaan tidak mengizinkan kerana hujan turun maka semua yang jadir hanya mendengar ceramah yang disampaikan di dalam dewan.ceramah tersebut berkisar tentang ilmu astronomi yang sungguh menarik perhatian saya.

selesai program,para peserta dibenarkan balik mengikut keluarga angkat masing-masing.


Hari Pertama [ 24 Jun 2010 - 11 Rejab 1431 Hijrah ]



Bismillahirrahmanirrahim

salaam Alaykum..


hari pertama program

setelah kesemua peserta program selamat sampai ke daerah machang,para peserta berkumpul dia dewan Dato' Haji Hassan untuk majlis perasmian program dan penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing-masing.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Setia Raja Hj.Mohd Aiseri bin Alias, Setiausaha Kerajaan negeri Kelantan .

selepas majlis perasmian selesai dilakukan,para jemputan khas,peserta dan ahli keluarga angkat serta semua yang hadir dijemput untuk menjamu selera makan tengah hari.


setelah selesai menjamu selera,para peserta dibenarkan balik mengikut keluarga angkat masing-masing untuk menunaikan solat zuhur dan seterusnya melakukan sedikit persiapan untuk aktiviti seterusnya yang akan bermula pada pukul 2 petang hari yang sama.


Sunday, July 18, 2010

23 Jun [ Taklimat Program ]


Bismillahirrahmanirrahim

Salaam Alaykum...




Taklimat program,


Pada 23 Jun 2010 bersamaa dengan hari rabu,suatu taklimat tentang program ini telah dilakukan di Universiti Sains Malaysia,USM Machang,Kelantan.

Pada taklimat tersebut,para peserta-peserta program yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa Kolej Teknologi Darulnaim dan Universiti Sains Malaysia telah diberi
gambaran keseluruhan tentang program yang akan dilaksanakan tersebut.

Dalam sesi taklimat tersebut,para perserta juga diberikan beberapa barang keperluan seperti beg dan t-shirt dimana para peserta dikehendaki untuk memakai baju tersebut pada hari pertama program berlangsung.


Latar Belakang Progam Pembangunan Sains Dan Teknologi (PPST)



Bismillahirrahmanirrahim

Salaam Alaykum...




Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) merupakan satu program tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).Program yang diadakan sepanjang tahun ini bertujuan utama untuk meningkatkan kesedaran dan minat semua golongan masyarakat terhadap Sains dan Teknologi.Ianya diperkenalkan sejak 1987 lagi, dan sehingga tahun 1992, PPST diadakan dalam satu minggu khusus setiap tahun di mana dikenali sebagai Minggu Sains dan Teknologi Kebangsaan (MSTK).


MSTK ditukar kepada PPST pada tahun berikutnya, 1993 yang telah diadakan sepanjang tahun untuk mencerminkan peluasan aktiviti, tempoh masa dan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat.Aktiviti-aktiviti PPST dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan sekolah mengikut kesesuaian dan kumpulan sasaran yang dikenalpasti.


Kerajaan Negeri Kelantan telah bersetuju untuk menyertai sambutan Program Penggalakan Sains dan Teknologi ini dengan mengadakan PPST Peringkat Negeri Kelantan dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya sains dan teknologi dalam proses pembangunan negara. Ianya juga sebagai satu usaha gigih dalam memartabatkan peranan sains dan teknologi serta perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) dalam membentuk pembangunan sesebuah negara ke tahap yang lebih tinggi.


Objektif utama PPST :


>> Memupuk dan meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penghayatan Sains dan Teknologi di kalangan masyarakat awam;


>> Mengiktiraf dan menghargai pencapaian serta sumbangan saintis penyelidikan, tenaga pelajar, wartawan, kakitangan sokongan sains dan teknologi, Badan-badan bukan Kerajaan dan sektor swasta kepada kemajuan sains dan teknologi,dan


>>
Mewujudkan produk-produk sains dan teknologi yang dicipta sendiri oleh masyarakat tempatan



Tentatif program



Program Perkampungan ICT dan Anak Angkat



[ HARI PERTAMA ]
TARIKH : 24 JUN 2010, Khamis
TEMPAT : Dewan Dato' Haji Hassan

7.00 Pagi : Berkumpul di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) / Universiti sains
Malaysia / Kolej Teknologi Darunaim

7.30 Pagi : Bertolak ke Machang

9.00 Pagi : Tiba di Dewan Dato' Haji Hassan, Batu 30, Panyit Machang

Pendaftaran Peserta Pogram "Anak Angkat" : Mahasiswa / Mahasiswi

Majlis Perasmian Program Perkampungan ICT Negeri Kelantan

12.00 Tengah hari : Taklimat kepada Peserta Pogram "Anak Angkat" : Mahasiswa / Mahasiswi
dan Keluarga

1.00 Petang : Rehat dan Solat Zohor

2.15 Petang : Taklimat Tunjuk Ajar Pertandingan Merekacipta Blog
Tempat : Dewan
Dato' Haji Hassan

4.30 Petang : Rehat dan Solat Asar


7.00 Malam : Solat Maghrib & Solat Isyak Berjemaah

Ceramah Sains dan Teknologi Dari Perspektif Islam
Tempat : Masjid Mukim Batu 30

9.30 Malam : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Tempat : Dewan Dato' Haji Hassan



[ HARI KEDUA ]
TARIKH : 25 JUN 2010, Khamis



6.00 Pagi : Solat Subuh

10.00 Pagi : FORUM ICT

"Kebaikan & Keburukan ICT dalam Masyarakat"
Tempat : Dewan Dato' Haji Hassan

12.30 Tengah hari : Solat Jumaat ( Mahasiswa Lelaki Sahaja)
Tempat : Masjid Mukim Batu 30

3.00 Petang : Program Jejak ICT
Tempat : Padang
Dewan Dato' Haji Hassan

6.30 Petang : Rehat, Solat Asar & Solat Maghrib

8.00 Malam : Program "Malam Jelajah Angkasa"
Tempat : Padang Dewan Dato' Haji Hassan



[ HARI KETIGA-AKHIR ]
PADA : 26 JUN 2010, Khamis



6.00 Pagi : Solat Subuh

9.00 Pagi : Berkumpul di Dewan Dato' Haji Hassan, Batu 30, Panyit Machang

Majlis Penutupan Program Perkampungan ICT Negeri Kelantan

12.00 Tengah hari : Keberangkatan Pulang Peserta

1.00 Petang : TAMAT / Bersurai