Wednesday, July 28, 2010

Hari Kedua [ 25 Jun 2010 - 12 Rejab 1431 Hijrah ]


Bismillahirrahmanirrahim

salaam Alaykum

sebelum bercerita tentang program-program yang telah kami lakukan pada hari kedua ini,saya ingin menceritakan terlebih dahulu serba-sedikit tentang latar belakang keluarga angkat saya dan kak syafiqah.

Nama keluarga angkat kami adalah Puan Halimah,berusia 51 tahun dan mempunyai 5 orang anak dan kesemua anak-anaknya telahpun berkahwin dan tinggal di negeri-negeri yang berasingan kecuali anak terakhir beliau yang baru sahaja menghabiskan pengajian di politeknik kelantan.

Puan Halimah adalah seorang Ibu tunggal.suami beliau telah meninggal dunia lebih kurang 10 tahun yang lalu.sejak kematian suami tercinta,Puan Halimah berusaha keras dan sehabis daya untuk membesarkan dan menyekolahkan anak-anak beliau sehingga anak-anak beliau dapat melanjutkan pelajaran ke IPT dan kini masing-masing telah mendapat pekerjaan yang baik.

sejak anak-anak beliau berumah tangga,Puan Halimah sering tinggal berseorangan di rumah peninggalan ayah dan ibunya yang telah dihuni olehnya semenjak lahir lagi.Walau bagaimanapun,anak-anak puan Halimah selalu datang bercuti bersama beliau ketika hari cuti persekolahan dan semasa hari raya.



Puan Halimah,Syafiqah dan Aisyah





ini adalah sedikit gambaran suasana dikawasan kampung Puan Halimah yang juga merupakan keluarga angkat kami iaitu Kampung Kemunchup

suasana kampung ini sungguh segar dan mendamaikan

sedikit kisah tentang kampung ini, kampung ini pernah memenangi pertandingan kampung tercantik dan terbersih selama beberapa tahun berturut-berturut. saya yakin,salah satu punca kemenangan kampung ini adalah kerana kerjasama antara penduduk kampung dalam memastikan kampung mereka sentiasa dalam keadaan bersih,cantik dan selesa.


















berbalik pada aktiviti,

aktiviti yang telah kami laksanakan pada hari kedua ini adalah Forum ICT,Jejak ICT dan Malam Jelajah Angkasa

Program Forum ICT dilaksanakan dari pukul 10.00 hingga 12.30 tengah hari. forum ini bertajuk "Kebaikan dan keburukan ICT dalam masyarakat" .

dalam forum ini,para Ahli panel menerangkan secara jelas dan bernas tentang kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan ICT dalam masyarakat.antara yang dapat saya simpulkan dalam forum tersebut adalah :

1. medium penyebaran ilmu seperti internet mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan jika digunakan dengan cara yang betul dan sebaiknya.jika disalah gunakan,kemudahan tersebut akan mendatangkan keburukan kepada penggunanya

2.Ibu bapa hendaklah mengawal penggunaan internet anak-anaknya dan memastikan anak-anak mereka tidak membuka laman-laman yang mengandungi unsur-unsur lucah dan apa-apa unsur negatif yang lain


selesai forum ICT,para peserta dibenarkan untuk pulang mengikut keluarga angkat masing-masing untuk melakukan solat jumaat dan melakukan sedikit persiapan untuk aktiviti Jejak ICT yang akan bermula pada pukul 3 petang.


Pada malam hari,program yang kami lakukan adalah ''Malam jelajah Angkasa'' dimana pada para peserta,keluarga angkat dan hadirin akan diberi peluang untuk melihat bulan menggunakan teleskop.walau bagaimanapun,keadaan tidak mengizinkan kerana hujan turun maka semua yang jadir hanya mendengar ceramah yang disampaikan di dalam dewan.ceramah tersebut berkisar tentang ilmu astronomi yang sungguh menarik perhatian saya.

selesai program,para peserta dibenarkan balik mengikut keluarga angkat masing-masing.


No comments:

Post a Comment